Wednesday, November 7, 2012

PENGENALAN PUSAT AKSES

Pusat Akses sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjerumus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning).Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. Pusat akses sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat . Proses pembelajaran diPusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa.Murid boleh menggunakan Pusat akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment