Thursday, November 8, 2012

ZOOM A

sepanjang akhir tahun persekolahan, kebanyakan murid akan menghabiskan masa mereka di pusat akses,sekarang pihak sekolah telah membeli program Zoom A bagi digunakan oleh pelajar.Alhamdulillah...mereka dapat menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah, dan semoga dengan adanya program zoom A ni pelajar akan lebih berminat untuk mengulangkaji dan belajar.JOM kita tengok aksi mereka..

AKTIVITI

setiap kelas akan ditentukan hari dan minggu bagi menggunakan pusat akses,setiap kelas yang menggunakan komputer dipusat akses ini akan diberikan aktiviti tertentu.Kebanyakan murid, tidak mempunyai komputer di rumah,jadi masih ada yang belum mahir menggunakan komputer sepenuhnya,Alhamdulillah..dengan adanya pusat akses ini,mereka dapat mempelajarinya.jom kita tengok antara tugasan mereka..

INTERNET KEMBALI!!

Alhamdulillah...hampir setahun juga lah Pusat Akses di sekolah tiada capaian internet,semuanya berlaku dari kesilapan teknikal yang tak dijangkakan,tapi syukur skarang dah ada,dan proses bagi mendapatkan nya juga berjalan dengan lancar,tiada bantahan dari penduduk dan ibu bapa bagi pemasangan pemancar.Semoga murid,guru dan kakitangan sekolah dapat manafaat dengan capaian internet ini.

PERATURAN

Wednesday, November 7, 2012

PENGENALAN PUSAT AKSES

Pusat Akses sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjerumus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning).Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. Pusat akses sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat . Proses pembelajaran diPusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa.Murid boleh menggunakan Pusat akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.